23 December 2008

Selamat Berpraktikal

Sekalung tahniah kepada kakak kakak serta abang abang yang telah berjaya mengharungi tujuh semester pembelajaran dan sekarang menempuh satu lagi semester yang situasinya amat berbeza.

Tanpa perlu lagi datang ke bilik kuliah atau bilik tutorial, mereka yang dahulunya diajar kini terpaksa pula mengajar dan menabur bakti kepada anak bangsa. Pengalaman yang diperolehi semoga dimanfaatkan sebaiknya, sebarang 'lompang lompang' diri harap cepat cepat diperbaiki.

Kami daripada pihak seketariat KPMI sidang 08/09 memohon ampun dan maaf sekiranya ada perbuatan kami lalu mengguris hati dan perasaan kalian. Kami juga manusia biasa yang tak lepas dari melakukan kesilapan, kadang kadang terasa ego, besar diri dan tersasar untuk menunaikan tanggungjawab dengan adil dan memuaskan hati semua.

Semoga apa yang yang kami lakukan setakat ini direstui. Baki 6 bulan akan kami akan terus berkerja menyelesaikan projek projek yang dirancang. Kerjasama serta kompromi kalian kami harapkan. Kelab ini akan kami pancangi agar teguh dan kukuh agar warisan yang ditinggalkan harum di persada kegemilangan. Terima kasih dan selamat maju jaya untuk semua..



SEKETARIAT KPMI 08/09