28 October 2008

Warna Warni Aidilfitri




Selesai sudah majlis sambutan Aidilfitri pada kali ini. Sambutan warna warni ini disertai oleh hampir kesemua ahli kelab bersama Dr Rozinah, Dr Wan serta Dr Mona. Kemeriahan dimulai dengan bacaan ayat suci al-Quran dan diceriakan dengan pelbagai aktiviti yang berjaya mencuit hati setiap peserta.

Antara pengisian menarik pada malam tersebut adalah permainan sampul raya beracun(berdiri tak nampak duduk tak terasa), cabutan bertuah dan persembahan nasyid.Walaupun percubaan pertama kumpulan nasyid kali ini tidak berapa menjadi, mereka berjanji akan cuba lagi lain kali denga pesembahan yang lebih menyegarkan.

Tidak lupa juga penglibatan abang2 senior kita mempersembahkan tanyangan multimedia yang lucu dan menghiburkan. Seronok melihat abang abang serta kakak kakak senior yang akrab serta bersuka ria dan bergambar kenang kenangan sebagai tanda perpisahan mereka nanti. Makanan yang disediakan amat mewah dan pelbagai. Semua seperti berpuashati dengan makanan yang disediakan walaupun berlaku sedikit tragedi dikeesokkan hari.

Kepada semua peserta yang terlibat dan memberi sokongan tahniah diucapkan.Tak lupa juga terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa anta melakukan tugas dengan cemerlang walaupun diselubungi dengan pelbagai bayangan hitam tugasan yang membebankan. Semoga Majlis Makan Malam kita semester hadapan dapat disertai oleh semua dan kami Seketeriat KPMI akan merancang untuk menggabungkan majlis perpisahan serentak dengan Majlis Makan Malam.

Kepada yang belum menjelaskan yuran kelab anda diingatkan menyerahkan kepada bendahari yang diamanahkan secepat mungkin. Tanpa wang, kelab tidak mampu bergerak. Apalah nilai sepuluh atau dua puluh ringgit berbanding kenangan serta ilmu yang kita kecapi.. Fikir fikirkan, terima kasih dan tahniah sekali lagi...

Klik sini untuk gambar...


SEKETARIAT KPMI 2008/09

08 October 2008

Majlis Sambutan Hari Raya 2008

Tarikh: 21 Oktober 2008
Hari: Selasa
Masa: 8.00 malam- 10.30 malam
Tempat: Dewan Utama Pelajar, RST
Bayaran: RM10 (Kos Sebenar= RM15)
Tema: Ukhwah Bersemi, Dekat Dihati...
Sasaran: 70 orang
Pengarah Projek: Nurul Jannah (0134926335)

Menu:
Satey Ukhwah
Nasi Himpitan Mesra
Soto Kasih
Bihun Silaturrahim
Ketupat dan rendang istimewa (Limited Edition)

Kuih Raya dan pelbagai juadah lagi


Istimewa: Duit Raya serta Cabutan Bertuah

Saksikan persembahan khas dari kumpulan nasyid yang bakal mencipta nama
Syabab al-Islam

Rakaman Video akan dilakukan dan diedarkan kepada perserta sebagai kenang-kenangan.

Dijemput semua ahli, pakat pakat mai, kita kasi meriah kali ni, pakai baju raya comey2...

Bagi yang tinggal berjauhan (pejalan kaki) kami akan menyediakan kenderaan semasa pulang.

JADUAL PERJALAN MAJLIS

8.00 mlm: Ketibaan Tetamu dan Para Peserta

8.30 mlm: Bacaan Al-Quran dari saudara Al Ghazi

8.45 mlm: Ucapan Pembukaan

9.00 mlm: Bacaan doa serta jamuan dimulakan

9.15 mlm: Persembahan Multimedia

9.30 mlm: Persembahan Nasyid Khas Aidilfitri

9.45 mlm: Istimewa Duit Raya

10.00 mlm: Cabutan Bertuah

10.15mlm: Penutup

10.30mlm: Acara dijangka tamat

Jadual diatas mungkin akan berubah tanpa sebarang makluman.


AJK MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA KPMI USM 2008