26 September 2008

LAPORAN BENGKEL PERISIAN FLASH 08

Pada 20 September 2008 berlangsung sebuah bengkel kemahiran perisian FLASH secara percuma kepada ahli KPMI. Seperti dirancang perjalanan program lancar dan mengikut jadual. Program dihadiri oleh kedua penasihat kesayangan kita Dr Bala dan Dr Rozinah yang sentiasa memberi sokongan semenjak program pertama lagi.

Program yang bermula pada jam 9.00 pagi dikendali oleh Cik Hasleza Abdul Halim. Banyak ilmu dan teknik teknik baru dicurahkan. Walaupun tidak memenuhi modul yang dikehendaki kerana faktor masa yang singkat (kira kira 7 jam) namun apa yang diberikan oleh instruktor amat berguna untuk kita aplikasikan di alam pekerjaan nanti. Bengkel tamat pada jam 4.00 petang.

Namun, kehadiran peserta amat mengecewakan, hanya 20 orang sahaja peserta hadir pada hari berkenaan. Punca kegagalan untuk mencapai jumlah sasaran akan dibincangkan oleh pihak seketariat nanti agar program akan datang mendapat sambutan menggalakkan. Kepada yang hadir terima kasih diucapkan.


Gambar menyusul...

SEKETARIAT KPMI 2008/09

19 September 2008

Laptop untuk Bengkel

Memandangkan kami tidak mampu menyediakan komputer yang cukup untuk kesemua peserta, kami memohon kerjasama daripada peserta yang memiliki komputer (laptop) sendiri supaya membawanya untuk memudahkan proses pembelajaran. Atas permintaan instruktor kita akan melakukan pembelajaran berdasarkan sistem tutorial dan bukannya secara satu hala. Anda dinasihati memasang perisian Flash MX terhadap sistem anda terlebih dahulu.

Kerjasama anda amat dihargai, terima kasih.


AJK BENGKEL KEMAHIRAN PERISIAN 2008

18 September 2008

Bengkel Perisian Flash - Modul

MODUL INSTRUKSI

Perisian: Flash MX
Instruktor: Hasleza Abdul Halim

FLASH LANJUTAN (PERINGKAT PERTENGAHAN)

Modul 1 : Persembahan dan Penerbitan Bahan Multimedia

Penerangan : Teknik dan kaedah penghasilan antaramuka dan penyusunan kandungan multimedia interaktif serta cara penerbitan bahan siap (koswer) untuk platform storan optik dan platfom web.

Kandungan : Butang dan Navigasi, Paparan klip Video, Bunyi dan Teks, penggunaan fungsi Component ,penggunaan templat dan lain lain fungsi yang penting.

Durasi : 2 jam

Modul 2 : Asas dan Penggunaan ActionScript 2.0

Penerangan : Konsep asas ActionSript dan fungsi penggunaan yang penting untuk sebuah penerbitan multimedia.

Kandungan : Action, Action Assist, Pop-up menu, Scrolling Teks, Movie Clips Control, Video and Pictures Loading dan lain lain fungsi yang penting.

Durasi : 1 jam 30 minit

Modul 3 : Klip Animasi 2D

Penerangan : Penghasilan clip animasi untuk pengajaran dan teknik teknik animasi peringkat lanjutan.

Kandungan : Penggunaan Tools, Tween, Timeline Effect, Masking, Blend and Filter Mode dan lain lain fungsi yang penting.

Durasi : 2 jam 30 minit

Peringatan: Untuk makluman peserta kami tidak mampu menyediakan PC yang mencukupi, anda dinasihati membawa laptop sendiri untuk tujuan pembelajaran secara tutorial.

AJK BENGKEL KEMAHIRAN PERISIAN 2008

Bengkel Perisian Flash - Jadual Program

SABTU 20 SEPTEMBER 2008

08.30pagi - Pendaftaran Peserta
09.00pagi - Amanat penasihat kelab dan penerangan objektif pengajaran oleh Instuktor
09.15pagi - Modul 1
11.15pagi - Rehat
11.30pagi - Modul 2
01.00pagi - Rehat
02.oopagi - Modul 3
04.30pagi - Majlis Penutup
05.00pagi - Program dijangka tamat

Diingatkan sekali lagi mohon kerjasama peserta yang memiliki laptop membawanya ke bengkel kerana makmal kita tidak mempunyai PC yang mencukupi, Terima Kasih.

AJK PROGRAM KEMAHIRAN PERISIAN 2008

Takziah

Baru baru ini kita dikejutkan dengan dua khabaran dukacita. Yang pertama berkenaan keluarga Ayob Malawi yang mengalami kemalangan minggu lepas dan kedua berita mengenai abang ipar saudari Nazirah yang telah kembali ke rahmatullah Isnin lalu (Alfatihah kepada arwah). Sudah tentu berita ini mengundang secebis kesedihan dan kehibaan dalam kalangan kita sebagai kawan yang susah senang bersama. Kepada Ayob dan Nazirah semoga anda tabah dalam menempuh liku liku hidup. Kami sentiasa berdoa agar anda tenang selalu.

05 September 2008

Bengkel Perisian Komputer

KPMI akan menganjurkan bengkel kemahiran perisian khas untuk ahli kelab. Berikut merupakan maklumat program berkenaan

Tarikh: 20 September 2008 (Sabtu)
Masa: 8.30 pg-4.00 ptg
Tempat: PTPM
Bayaran: Percuma
Pengarah Projek: NoorIzzati
Perisian: Flash (peringkat lanjutan)

Semua ahli dijemput. Pendaftaran segera diperlukan. Jannah:0134926335, Faizal:0179619683

AJK PROJEK BENGKEL PERISIAN KOMPUTER 2008

Selamat Berpuasa

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Selamat menjalani ibadah puasa diucapkan kepada semua ahli kelab beragama Islam, semoga ramadhan ini memberi seribu pengertian dan keberkatan hendaknya...

Tak lupa juga sekalung tahniah kepada semua warga USM kerana telah berjaya memperolehi gelaran universiti APEX setelah bertungkus lumus serta bersusah payah meyakinkan para panel pemilihan tentang kemampuan universiti kita. Sudah tentunya cabaran yang lebih besar bakal dihadapi kerana gelaran tertinggi ini menuntut satu transformasi yang menyeluruh dan bersepadu melibatkan semua warga universiti. Semoga usaha yang kita lakukan melalui kelab dan persatuan ini memberi sumbangan bermakna dalam usaha universiti mencapai kedudukan 50 universiti terbaik dunia menjelang 2020.

Tiga projek bakal menyusul selepas kejayaan projek pertama. Pada pertengahan bulan ini kita akan menganjurkan satu bengkel akademik kemahiran perisian. Bulan hadapan inshaalah kita akan mengadakan majlis sambutan Aidilfitri dan sesi fotografi kelab. Apa yang diharapkan adalah sokongan padu ahli dengan terlibatsama menjayakan projek yang akan dan telah dirancang.

Akhir kata dari saya, semoga ahli dapat memberi kerjasama 120% kepada pengurusan kelab. Saya amat berbangga dan berpuas hati dengan seketariat yang dilantik kerana mereka mempunyai semangat serta kesungguhan yang tinggi untuk melaksanakan projek. Diharap keluarbiasaan ini berterusan tanpa tarikh luputnya. Terima kasih diucapkan untuk semua...


YDP KELAB PENDIDIKAN MULTIMEDIA INTERAKTIF 2008

01 September 2008

Berforum di KPMI eduforum


Nama Laman: KPMI eduforum
Penyedia Laman: Goboardz www.goboardz.com
Aktiviti: Perbincangan Akademik
Pautan: http://kpmiusm.goboardz.com/forum.asp

Kawan-kawan dijemput menyertai,anda juga boleh ke laman forum melalui butang navigasi di sebelah kanan blog.

SUBURKAN BUDAYA INTELEK...

SEKETARIAT KPMI 2008/09