05 September 2008

Selamat Berpuasa

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Selamat menjalani ibadah puasa diucapkan kepada semua ahli kelab beragama Islam, semoga ramadhan ini memberi seribu pengertian dan keberkatan hendaknya...

Tak lupa juga sekalung tahniah kepada semua warga USM kerana telah berjaya memperolehi gelaran universiti APEX setelah bertungkus lumus serta bersusah payah meyakinkan para panel pemilihan tentang kemampuan universiti kita. Sudah tentunya cabaran yang lebih besar bakal dihadapi kerana gelaran tertinggi ini menuntut satu transformasi yang menyeluruh dan bersepadu melibatkan semua warga universiti. Semoga usaha yang kita lakukan melalui kelab dan persatuan ini memberi sumbangan bermakna dalam usaha universiti mencapai kedudukan 50 universiti terbaik dunia menjelang 2020.

Tiga projek bakal menyusul selepas kejayaan projek pertama. Pada pertengahan bulan ini kita akan menganjurkan satu bengkel akademik kemahiran perisian. Bulan hadapan inshaalah kita akan mengadakan majlis sambutan Aidilfitri dan sesi fotografi kelab. Apa yang diharapkan adalah sokongan padu ahli dengan terlibatsama menjayakan projek yang akan dan telah dirancang.

Akhir kata dari saya, semoga ahli dapat memberi kerjasama 120% kepada pengurusan kelab. Saya amat berbangga dan berpuas hati dengan seketariat yang dilantik kerana mereka mempunyai semangat serta kesungguhan yang tinggi untuk melaksanakan projek. Diharap keluarbiasaan ini berterusan tanpa tarikh luputnya. Terima kasih diucapkan untuk semua...


YDP KELAB PENDIDIKAN MULTIMEDIA INTERAKTIF 2008

4 comments:

Anonymous said...

Selamat posa

Anonymous said...

selamat berpose semua..
xde mjls buke pose dengan ahli kelab ke??

Anonymous said...

kali ni kita ubah ckit.kalu blh nk bt majlis bbuka n hari raya.tp mmandangkan fulus yg ciput,maka kite bt majlis hari raya je.pasni,kite program mncari dana kelab plak.sebab ciput dah fulus..huahua.

Anonymous said...

owh..yeke..
okeh gak camtu..
lau nk wat dua2 mmg x cukup dwet..
so nanti masing2 kena bwk kuey raye masing2 bru beshh..cam zmn sekolah dulu2..hehee
pe macam okeh x cdgn nie??