18 September 2008

Takziah

Baru baru ini kita dikejutkan dengan dua khabaran dukacita. Yang pertama berkenaan keluarga Ayob Malawi yang mengalami kemalangan minggu lepas dan kedua berita mengenai abang ipar saudari Nazirah yang telah kembali ke rahmatullah Isnin lalu (Alfatihah kepada arwah). Sudah tentu berita ini mengundang secebis kesedihan dan kehibaan dalam kalangan kita sebagai kawan yang susah senang bersama. Kepada Ayob dan Nazirah semoga anda tabah dalam menempuh liku liku hidup. Kami sentiasa berdoa agar anda tenang selalu.

2 comments:

Anonymous said...

Buat Nazirah dan Ayub...tabahkan hati...itu semua adalah dugaan dari Yang Esa...sesungguhnya setiap ujian yang mendatang itu adalah dugaan daripadaNya...

Anonymous said...

berat mata memandang, berat hati menanggung beban. yg hidup, berendam hati, yang pergi tidak kembali. yg senang membantu yg susah, yg hidup mendoakn yg mati. putaran hidup berterusan hingga yaumul jaza' tiba. hindarkn hub al dunia, semaikn hub al akhir. kuatkn hati kwn2ku..takziah dn al-fatihah buat yg tiada..amin...