23 December 2008

Selamat Berpraktikal

Sekalung tahniah kepada kakak kakak serta abang abang yang telah berjaya mengharungi tujuh semester pembelajaran dan sekarang menempuh satu lagi semester yang situasinya amat berbeza.

Tanpa perlu lagi datang ke bilik kuliah atau bilik tutorial, mereka yang dahulunya diajar kini terpaksa pula mengajar dan menabur bakti kepada anak bangsa. Pengalaman yang diperolehi semoga dimanfaatkan sebaiknya, sebarang 'lompang lompang' diri harap cepat cepat diperbaiki.

Kami daripada pihak seketariat KPMI sidang 08/09 memohon ampun dan maaf sekiranya ada perbuatan kami lalu mengguris hati dan perasaan kalian. Kami juga manusia biasa yang tak lepas dari melakukan kesilapan, kadang kadang terasa ego, besar diri dan tersasar untuk menunaikan tanggungjawab dengan adil dan memuaskan hati semua.

Semoga apa yang yang kami lakukan setakat ini direstui. Baki 6 bulan akan kami akan terus berkerja menyelesaikan projek projek yang dirancang. Kerjasama serta kompromi kalian kami harapkan. Kelab ini akan kami pancangi agar teguh dan kukuh agar warisan yang ditinggalkan harum di persada kegemilangan. Terima kasih dan selamat maju jaya untuk semua..



SEKETARIAT KPMI 08/09

28 October 2008

Warna Warni Aidilfitri




Selesai sudah majlis sambutan Aidilfitri pada kali ini. Sambutan warna warni ini disertai oleh hampir kesemua ahli kelab bersama Dr Rozinah, Dr Wan serta Dr Mona. Kemeriahan dimulai dengan bacaan ayat suci al-Quran dan diceriakan dengan pelbagai aktiviti yang berjaya mencuit hati setiap peserta.

Antara pengisian menarik pada malam tersebut adalah permainan sampul raya beracun(berdiri tak nampak duduk tak terasa), cabutan bertuah dan persembahan nasyid.Walaupun percubaan pertama kumpulan nasyid kali ini tidak berapa menjadi, mereka berjanji akan cuba lagi lain kali denga pesembahan yang lebih menyegarkan.

Tidak lupa juga penglibatan abang2 senior kita mempersembahkan tanyangan multimedia yang lucu dan menghiburkan. Seronok melihat abang abang serta kakak kakak senior yang akrab serta bersuka ria dan bergambar kenang kenangan sebagai tanda perpisahan mereka nanti. Makanan yang disediakan amat mewah dan pelbagai. Semua seperti berpuashati dengan makanan yang disediakan walaupun berlaku sedikit tragedi dikeesokkan hari.

Kepada semua peserta yang terlibat dan memberi sokongan tahniah diucapkan.Tak lupa juga terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa anta melakukan tugas dengan cemerlang walaupun diselubungi dengan pelbagai bayangan hitam tugasan yang membebankan. Semoga Majlis Makan Malam kita semester hadapan dapat disertai oleh semua dan kami Seketeriat KPMI akan merancang untuk menggabungkan majlis perpisahan serentak dengan Majlis Makan Malam.

Kepada yang belum menjelaskan yuran kelab anda diingatkan menyerahkan kepada bendahari yang diamanahkan secepat mungkin. Tanpa wang, kelab tidak mampu bergerak. Apalah nilai sepuluh atau dua puluh ringgit berbanding kenangan serta ilmu yang kita kecapi.. Fikir fikirkan, terima kasih dan tahniah sekali lagi...

Klik sini untuk gambar...


SEKETARIAT KPMI 2008/09

08 October 2008

Majlis Sambutan Hari Raya 2008

Tarikh: 21 Oktober 2008
Hari: Selasa
Masa: 8.00 malam- 10.30 malam
Tempat: Dewan Utama Pelajar, RST
Bayaran: RM10 (Kos Sebenar= RM15)
Tema: Ukhwah Bersemi, Dekat Dihati...
Sasaran: 70 orang
Pengarah Projek: Nurul Jannah (0134926335)

Menu:
Satey Ukhwah
Nasi Himpitan Mesra
Soto Kasih
Bihun Silaturrahim
Ketupat dan rendang istimewa (Limited Edition)

Kuih Raya dan pelbagai juadah lagi


Istimewa: Duit Raya serta Cabutan Bertuah

Saksikan persembahan khas dari kumpulan nasyid yang bakal mencipta nama
Syabab al-Islam

Rakaman Video akan dilakukan dan diedarkan kepada perserta sebagai kenang-kenangan.

Dijemput semua ahli, pakat pakat mai, kita kasi meriah kali ni, pakai baju raya comey2...

Bagi yang tinggal berjauhan (pejalan kaki) kami akan menyediakan kenderaan semasa pulang.

JADUAL PERJALAN MAJLIS

8.00 mlm: Ketibaan Tetamu dan Para Peserta

8.30 mlm: Bacaan Al-Quran dari saudara Al Ghazi

8.45 mlm: Ucapan Pembukaan

9.00 mlm: Bacaan doa serta jamuan dimulakan

9.15 mlm: Persembahan Multimedia

9.30 mlm: Persembahan Nasyid Khas Aidilfitri

9.45 mlm: Istimewa Duit Raya

10.00 mlm: Cabutan Bertuah

10.15mlm: Penutup

10.30mlm: Acara dijangka tamat

Jadual diatas mungkin akan berubah tanpa sebarang makluman.


AJK MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA KPMI USM 2008





26 September 2008

LAPORAN BENGKEL PERISIAN FLASH 08

Pada 20 September 2008 berlangsung sebuah bengkel kemahiran perisian FLASH secara percuma kepada ahli KPMI. Seperti dirancang perjalanan program lancar dan mengikut jadual. Program dihadiri oleh kedua penasihat kesayangan kita Dr Bala dan Dr Rozinah yang sentiasa memberi sokongan semenjak program pertama lagi.

Program yang bermula pada jam 9.00 pagi dikendali oleh Cik Hasleza Abdul Halim. Banyak ilmu dan teknik teknik baru dicurahkan. Walaupun tidak memenuhi modul yang dikehendaki kerana faktor masa yang singkat (kira kira 7 jam) namun apa yang diberikan oleh instruktor amat berguna untuk kita aplikasikan di alam pekerjaan nanti. Bengkel tamat pada jam 4.00 petang.

Namun, kehadiran peserta amat mengecewakan, hanya 20 orang sahaja peserta hadir pada hari berkenaan. Punca kegagalan untuk mencapai jumlah sasaran akan dibincangkan oleh pihak seketariat nanti agar program akan datang mendapat sambutan menggalakkan. Kepada yang hadir terima kasih diucapkan.


Gambar menyusul...

SEKETARIAT KPMI 2008/09

19 September 2008

Laptop untuk Bengkel

Memandangkan kami tidak mampu menyediakan komputer yang cukup untuk kesemua peserta, kami memohon kerjasama daripada peserta yang memiliki komputer (laptop) sendiri supaya membawanya untuk memudahkan proses pembelajaran. Atas permintaan instruktor kita akan melakukan pembelajaran berdasarkan sistem tutorial dan bukannya secara satu hala. Anda dinasihati memasang perisian Flash MX terhadap sistem anda terlebih dahulu.

Kerjasama anda amat dihargai, terima kasih.


AJK BENGKEL KEMAHIRAN PERISIAN 2008

18 September 2008

Bengkel Perisian Flash - Modul

MODUL INSTRUKSI

Perisian: Flash MX
Instruktor: Hasleza Abdul Halim

FLASH LANJUTAN (PERINGKAT PERTENGAHAN)

Modul 1 : Persembahan dan Penerbitan Bahan Multimedia

Penerangan : Teknik dan kaedah penghasilan antaramuka dan penyusunan kandungan multimedia interaktif serta cara penerbitan bahan siap (koswer) untuk platform storan optik dan platfom web.

Kandungan : Butang dan Navigasi, Paparan klip Video, Bunyi dan Teks, penggunaan fungsi Component ,penggunaan templat dan lain lain fungsi yang penting.

Durasi : 2 jam

Modul 2 : Asas dan Penggunaan ActionScript 2.0

Penerangan : Konsep asas ActionSript dan fungsi penggunaan yang penting untuk sebuah penerbitan multimedia.

Kandungan : Action, Action Assist, Pop-up menu, Scrolling Teks, Movie Clips Control, Video and Pictures Loading dan lain lain fungsi yang penting.

Durasi : 1 jam 30 minit

Modul 3 : Klip Animasi 2D

Penerangan : Penghasilan clip animasi untuk pengajaran dan teknik teknik animasi peringkat lanjutan.

Kandungan : Penggunaan Tools, Tween, Timeline Effect, Masking, Blend and Filter Mode dan lain lain fungsi yang penting.

Durasi : 2 jam 30 minit

Peringatan: Untuk makluman peserta kami tidak mampu menyediakan PC yang mencukupi, anda dinasihati membawa laptop sendiri untuk tujuan pembelajaran secara tutorial.

AJK BENGKEL KEMAHIRAN PERISIAN 2008

Bengkel Perisian Flash - Jadual Program

SABTU 20 SEPTEMBER 2008

08.30pagi - Pendaftaran Peserta
09.00pagi - Amanat penasihat kelab dan penerangan objektif pengajaran oleh Instuktor
09.15pagi - Modul 1
11.15pagi - Rehat
11.30pagi - Modul 2
01.00pagi - Rehat
02.oopagi - Modul 3
04.30pagi - Majlis Penutup
05.00pagi - Program dijangka tamat

Diingatkan sekali lagi mohon kerjasama peserta yang memiliki laptop membawanya ke bengkel kerana makmal kita tidak mempunyai PC yang mencukupi, Terima Kasih.

AJK PROGRAM KEMAHIRAN PERISIAN 2008

Takziah

Baru baru ini kita dikejutkan dengan dua khabaran dukacita. Yang pertama berkenaan keluarga Ayob Malawi yang mengalami kemalangan minggu lepas dan kedua berita mengenai abang ipar saudari Nazirah yang telah kembali ke rahmatullah Isnin lalu (Alfatihah kepada arwah). Sudah tentu berita ini mengundang secebis kesedihan dan kehibaan dalam kalangan kita sebagai kawan yang susah senang bersama. Kepada Ayob dan Nazirah semoga anda tabah dalam menempuh liku liku hidup. Kami sentiasa berdoa agar anda tenang selalu.

05 September 2008

Bengkel Perisian Komputer

KPMI akan menganjurkan bengkel kemahiran perisian khas untuk ahli kelab. Berikut merupakan maklumat program berkenaan

Tarikh: 20 September 2008 (Sabtu)
Masa: 8.30 pg-4.00 ptg
Tempat: PTPM
Bayaran: Percuma
Pengarah Projek: NoorIzzati
Perisian: Flash (peringkat lanjutan)

Semua ahli dijemput. Pendaftaran segera diperlukan. Jannah:0134926335, Faizal:0179619683

AJK PROJEK BENGKEL PERISIAN KOMPUTER 2008

Selamat Berpuasa

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Selamat menjalani ibadah puasa diucapkan kepada semua ahli kelab beragama Islam, semoga ramadhan ini memberi seribu pengertian dan keberkatan hendaknya...

Tak lupa juga sekalung tahniah kepada semua warga USM kerana telah berjaya memperolehi gelaran universiti APEX setelah bertungkus lumus serta bersusah payah meyakinkan para panel pemilihan tentang kemampuan universiti kita. Sudah tentunya cabaran yang lebih besar bakal dihadapi kerana gelaran tertinggi ini menuntut satu transformasi yang menyeluruh dan bersepadu melibatkan semua warga universiti. Semoga usaha yang kita lakukan melalui kelab dan persatuan ini memberi sumbangan bermakna dalam usaha universiti mencapai kedudukan 50 universiti terbaik dunia menjelang 2020.

Tiga projek bakal menyusul selepas kejayaan projek pertama. Pada pertengahan bulan ini kita akan menganjurkan satu bengkel akademik kemahiran perisian. Bulan hadapan inshaalah kita akan mengadakan majlis sambutan Aidilfitri dan sesi fotografi kelab. Apa yang diharapkan adalah sokongan padu ahli dengan terlibatsama menjayakan projek yang akan dan telah dirancang.

Akhir kata dari saya, semoga ahli dapat memberi kerjasama 120% kepada pengurusan kelab. Saya amat berbangga dan berpuas hati dengan seketariat yang dilantik kerana mereka mempunyai semangat serta kesungguhan yang tinggi untuk melaksanakan projek. Diharap keluarbiasaan ini berterusan tanpa tarikh luputnya. Terima kasih diucapkan untuk semua...


YDP KELAB PENDIDIKAN MULTIMEDIA INTERAKTIF 2008

01 September 2008

Berforum di KPMI eduforum


Nama Laman: KPMI eduforum
Penyedia Laman: Goboardz www.goboardz.com
Aktiviti: Perbincangan Akademik
Pautan: http://kpmiusm.goboardz.com/forum.asp

Kawan-kawan dijemput menyertai,anda juga boleh ke laman forum melalui butang navigasi di sebelah kanan blog.

SUBURKAN BUDAYA INTELEK...

SEKETARIAT KPMI 2008/09

23 August 2008

PERINGATAN!

Kepada ahli yang belum melangsaikan lagi Yuran semester anda diingatkan bersegeralah melakukan pembayaran kepada 'along'2 yang dilantik. Yuran adalah sebanyak RM20. Yuran tersebut akan digunakan untuk menggerakkan kelab serta sebagai dana tambahan untuk program yang akan dijalankan kelak.

Terima Kasih.


SEKETARIAT KPMI 2008/09

12 August 2008

LAPORAN HARI KELUARGA KPMI 2008


Alhamdulillah, syukur akhirnya program Hari Keluarga KPMI berlangsung sepertimana yang telah dirancang. Seramai 37 orang peserta bersama penasihat kelab, Dr bala dan Dr Rozinah memulakan cabaran seawal jam 7.45 pagi. Semua berkumpul di Padang Kawad PALAPES dan bergerak dengan menaiki sebuah bas.

Peserta tiba di Jeti LKIM Taman Negara Pulau Pinang pada jam 9.00 pagi. Setelah kesemua peserta melakukan persediaan dan memanaskan badan, kumpulan pertama dilepaskan untuk peringkat yang pertama. Maka bermulalah satu permainan penuh dengan cabaran dan keseronokkan. Di Check Point pertama, mereka dikehendaki menyusun perkataan dengan betul. Cabaran diteruskan ke Check Point kedua dengan permainan mencungkil lidi. Seterusnya mereka perlu bergerak kira kira 30 minit untuk sampai ke check point seterusnya di Pantai Mukahead. Di Check Point ketiga Mukahead, mereka dikehendaki mengambil gambar setiap kumpulan ahli kumpulan dengan kreativiti tersendiri berserta gambar tiga spesis hidupan di pantai tersebut.

Kerancakan permainan diteruskan di pantai yang sama dengan permainan 'Sila Lupa lirik.' Ketua kumpulan akan memilih salah satu lagu dan memberi tahu judul lagu tersebut ahli kumpulan tanpa suara. Seterusnya mereka akan menyanyikan korus lagu tersebut dengan mengubahsuai lagu tersebut dan mengandungi nama setiap ahli kumpulan. Peringkat kedua cabaran mereka perlu bergerak kira kira 45 minit ke Monkey Beach, Telok Duyong. Hanya terdapat dua Check Point disini. Check Point pertama mereka bermain satu permainan menari dikenali OKU. Mereka akan berpura pura cacat seperti pekak, bisu dan kudung untuk membalut kotak yang disediakan.

Seterusnya mereka akan melalui denai yang amat mencabar sepanjang permainan. Bukit yang curam, lurah yang dalam terpaksa mereka harungi untuk ke Monkey Beach. Setibanya di Monkey Beach mereka perlu mencari Check Point yang bersembunyi di sepanjang pantai. Di akhir permainan mereka akan membuka sampul yang dikumpulkan dari setiap Check Point di Check Point terakhir. Mereka perlu menggabungkan bait lagu tersebut serta menyanyikannya. Setelah hampir dua jam berjuang akhirnya semua pasukan menamatkan cabaran dengan selamat. Namun riak wajah kepenatan terpancar di setiap peserta. Setelah makan tengah hari masing berehat sambil menikmati suasana pantai yang asyik dan mendamaikan.

Sesi petang diteruskan dengan permainan sukaneka antara senior dan junior. Semua telibat dalam permainan tradisional nostalgik iaitu tuju kasut. Setelah menunaikan solat maka bermulalah aktiviti yang dinanti nantikan iaitu acara penutup. Acara dimulakan dengan ucapan penasihat dan pengarah projek. Kemudiaan setiap kumpulan perlu mempersembahkan cheer masing masing. Pelbagai telatah dan karenah dapat kita saksikan. Yang penting kesemua peserta seperti gembira dan puas setelah penat mengharungi ranjau dan duri walaupun tiada sepucuk duri pun dipanjang perjalanan.


Tempat pertama dimenangi oleh kumpulan Prossesor. Mungkin mereka menggunakan prosessor Xeon yang terpantas masa kini. Tempat kedua dimenangi oleh kumpulan Hard Disk. Tampat ketiga dimenangi oleh kumpulan Monitor manakala tempat keempat dimenangi oleh kumpulan RAM. Nampaknya kumpulan RAM masih menggunakan teknologi lama DDR dikala teknologi telah berubah kepada DDR2 dan DDR3. Walaupun kumpulan AJK juga menyertai saingan, namun tiada sebarang nombor diperolehi, mungkin ditempat terakhir sekali. Namun tahniah tepada semua yang berjaya menamatkan saingan. Pasukan yang tidak bernasib baik cuba lagi nanti. Di akhir acara kesemua peserta bergambar beramai ramai sebagai kenang kenangan.

Kemudian mereka bertolak pulang dengan menaiki bot kembali semula ke Jeti LKIM. Peserta tiba di USM pada jam 6.30 petang. ribuan terima kasih diucapkan kepada semua peserta yang telah terlibat sama menjayakan program ini. Diharap semua peserta akan terlibat sama dalam program yang akan dianjurkan kelab kelak. Kepada AJK yang telah bertukus lumus menjayakan program ini syabas diucapkan. Semoga dengan kerjasama yang diberikan ikatan sesama kita semakin teguh.



KOLEKSI GAMBAR

Anda boleh melihat gambar Hari Keluarga KPMI 08 melalui picasaweb.google.com. Klik sini untuk pautan ke laman berkenaan.


MUAT TURUN FAIL

Semua gambar akan dimuat naik di storan online ADRIVE (www.adrive.com). Klik sini untuk memuat turun fail gambar.





08 August 2008

Hari Keluarga - Aktiviti

1. Aktiviti yang kita akan jalankan adalah berbentuk ala2 treasure hunting dan xplorace. Namun kepantasan pergerakan ke satu Check Point ke Check Point lain tidak akan dikira. Hanya kepantasan melakukan tugasan dan ketepatan akan dinilai.

2. Lima kumpulan yang terdiri daripada 4/5 individu akan dibahagikan secara rawak (rujuk Senarai kumpulan).

3. Setiap kumpulan akan mempunyai warna tema sendiri. Anda disarankan memakai baju mengikut warna tema setiap kumpulan untuk menambahkan lagi kemeriahan aktiviti. Ada markah tue.. (Kumpulan berhak menukar warna tema, berhubung dengan ketua anda dan AJK untuk persepakatan)

4. Setiap kumpulan akan dilantik ketua. Beliau berperanan menentukan keadaan kelab dan melakukan persediaan untuk pertandingan..

5. Anda akan melalui 7 Check Point yang tugasnya akan diberitahu kelak. Yang pasti tugasan yang diberikan bakal mencabar fizikal dan kotak pemikiran anda.

6. Kita akan bergerak dari Jeti LKIM melalui sebuah denai mencabar menuju ke dua buah pantai yang berjauhan, iaitu pantai Mukahead dan Pantai Beruk di Teluk Duyong. Pastinya pengalaman yang akan anda perolehi tidak bisa dilupakan.

7. Untuk melihat peta kawasan tersebut klik pautan dibawah:

http://wikimapia.org/#lat=5.45183&lon=100.189519&z=14&l=0&m=a&v=2


Senarai Kumpulan

KUMPULAN RAM
Dalam sebuah sistem perkomputeran faktor kapasiti RAM memainkan penting untuk prestasi
Ketua: Julia 017-4238565
Ahli: Ahmad Syukri Naim - Nur Syafira Diyana- Noor Dalina
Warna Tema: KUNING

KUMPULAN PROSESSOR
Prosessor merupakan otak bagi sistem untuk melakukan arahan/tugasan.
Ketua: Mohd Ayub 012-3494752
Ahli: Nurul Huda - Jaynet Anting -Sharifah Rauzah - Siti Rokiah
Warna Tema: HIJAU

KUMPULAN HARD DISK
Tiada Hard Disk maka tiadalah data untuk diproses.
Ketua: Siti Zaiton 013-4929080
Ahli: Nurizzati - Noor Hasimah -Mohd Syukran - Nor Ain
Warna Tema: BIRU

KUMPULAN MONITOR
Monitor amat penting untuk memaparkan output yang telah diproses.
Ketua: Humairah 017-5800603
Ahli:Bazliza - Nor Fitrina Hashim-Khairill Haffis-Kalsom
Warna Tema: MERAH

KUMPULAN KEYBOARD Tanpa keyboard tak siaplah asiggment

Pilihan AJK 1
Ghazi-Azimah-Jannah-Amani-Faiz-Faizal-Duraini-Kak Ain-Kak Mas

Warna Tema: OREN

KUMPULAN MOUSE Mouse rosak cursor jadi kejang

Pilihan AJK 2
Ain-Sheila-Masyitah-Arif-Syira-Bakar-Shaharul-Anna-Razif

Warna Tema: HITAM

Selamat Berjuang kepada semua Peserta. Hadiah lumayan menanti para PEMENANG.
Untuk Maklumat lanjut hubungi AJK Permainan: Abu Bakar (Burn) 0194530527 atau Syira 0129637407

AJK PROJEK HARI KELUARGA KPMI 2008/09

05 August 2008

Family Day - Reminder and Necessaries

Kepada semua Peserta Hari Keluarga KPMI 2008

Tempat Berkumpul: Padang Kawad Palapes, USM.
Masa : 7.45 pagi
Pakaian: Jenis sukan serta berkasut

Minuman botol dan set sarapan pagi disediakan.
Bawa bersama kain persalinan untuk solat Zohor.
Bagi yang mempunyai masalah kesihatan anda disahati membawa ubatan peribadi.

Jadual Aktiviti:

7.45 pagi : Berkumpul
8.00 pagi : Bertolak ke taman negara
9.30 pagi : Taklimat dan pelepasan peserta ke 'Check Point'.
10.30 pagi : Dijangka tiba di pantai USM Muka Head
12.00pagi : Dijangka Tiba di 'Monkey Beach'
1.00 petang : Makan Tengah Hari dan Solat Zohor
2.00 petang : Sukan/ Riadah
3.40 petang : Acara Penutup
4.00 petang : Bertolak Pulang
5.30 petang : Dijangka tiba di USM

Samalah kita memberi sokongan padu kepada kelab.

AJK PROJEK HARI KELUARGA KPMI 2008/09

28 July 2008

Hari Keluarga 2008


Berikut merupakan maklumat terkini mengenai program Hari Keluarga KPMI 2008.

Tarikh: 10 Ogos 2008 (Ahad )
Masa: 7.30 pagi- 6.00 petang
Tempat: Teluk Duyong, Taman Negara Pulau Pinang.
Bayaran: RM15
Bilangan Perserta Sasaran: 60 orang
Pengarah Projek: Nor Sheila Abdullah


Pada kali ini kami memilih konsep Jalan Lasak & Treasure Hunt. Kita akan bergerak melalui denai di taman negara yang agak mencabar ke dua buah pantai yang berjauhan iaitu pantai Muka Head dan Pantai Beruk ( Monkey Beach). Di sana kita akan melakukan beberapa aktiviti di setiap check point yang akan ditentukan. Beberapa kumpulan akan dibentuk dan mereka akan mencari mata sebanyak mungkin untuk mengesahkan kejuaraan. Kepada sesiapa yang belum pernah ke Taman Negara, kawasan ini amat menarik dengan kepelbagaian tumbuhan yang menghijau. Anda akan dapat menikmati pemandangan lautan Selat Melaka di sepanjang perjalanan disertai angin monsun yang menghembus. Disamping itu kita akan dapat menikmati pemandangan dua buah pantai yang syahdu dan mendamaikan. Pantai putih ini hanya dapat dituju dengan dua cara, iaitu melalui denai ataupun dengan bot. Untuk pengetahuan anda di Pantai Mukahead terdapat sebuah pusat penyelidikan milik USM. Jika diberi kesempatan kita akan ke rumah api Mukahead yang memang terkenal di Pulau Pinang. Diakhir program kita akan berkesempatan untuk menaiki bot ke jeti Taman Negara sebelum bertolak pulang ke kampus. Maklumat maklumat terkini mengenai program akan disalurkan dari masa ke semasa melalui blog ini. Sentiasalah mengunjungi kpmiusm.blogspot.com. Untuk maklumat lanjut nengenai Taman Negara Pulau Pinang layari Web dibawah.

http://www.wildlife.gov.my/tnpp/biindex.htm

AJK PROJEK HARI KELUARGA KPMI 2008.

22 July 2008

Blog (versi beta)

Ramai yang menyatakan pada kami bahawa blog yang dihasilkan terlalu simple dan kurang berinfomatif. Kami akui dan tegaskan disini bahawa blog ini masih dalam proses make-over dan penambahbaikan atau istilah perkomputerannya 'beta'. Blog ini akan diperbaiki dari masa ke semasa supaya lebih gah dan anggun. Saudara boom ada memberi cadangan supaya menghasilkan laman web dari sebuah penyedia perkhidmatan pendaftaran web secara templat. Insyaallah kami akan menghasilkan web tersebut dalam masa terdekat. Kalau ada sesiapa yang punyai cadangan atau mahu berkongsi ilmu keblogkan, klik jer comment kat bawah... Sama samalah kita meriahkan blog kelab kesayangan kita...peace!

SEKETARIAT KPMI 2008/09

16 July 2008

YURAN KEAHLIAN


Untuk makluman semua, setelah dipersetujui dalam menyuarat AJK baru-baru ini , yuran keahlian yang perlu dibayar adalah RM20/semester. Wang ini akan digunakan untuk menampung kos logistik dan pengurusan kelab serta kos untuk meringankan beban beberapa projek yang bakal dilaksanakan nanti. Semua sedia maklum bahawa kenaikan bahan api baru baru ini telah menyebabkan kenaikan inflasi yang begitu mendadak, sebagai AJK yang bertanggungjawab, kami akan berusaha untuk memastikan projek yang dilaksakan tidak membebankan ahli. Apa yang dituntut adalah kesediaan ahli untuk memberi komitmen serta terlibat sama dalam setiap progran yang dianjurkan. Sebarang pertanyaan boleh diajukan dan inyaallah kami akan menjawab.

Kaedah Pembayaran: Tiada paksaan, tiada ugutan, tiada pujuk rayu, jika anda merasakan anda seorang yg bertanggungjawab temui individu tersebut untuk proses pembayaran:

‘Along’ MI tahun 3: Mohd Faizal Sani (017 9619683)
‘Along’ MI tahun 4: Masyitah Mohd Fauzi (013 5616619)

Yuran perlu dilunaskan sebelum 31 Julai 2008

SEKETARIAT KPMI 2008/09

SEKETARIAT 2008/09

Diperkenalkan barisan barisan seketariat baru yang akan menerajui kelab pada sidang 2008/09.

SEKETARIAT KELAB PENDIDIKAN MULTIMEDIA INTERAKTIF 2008/09

MAJLIS TERTINGGI
Yang Dipertua: Mohd Razif Abdul Razak
Naib Yang Dipertua 1: Muhamad Faiz Rahmat
Naib Yang Dipertua 2: Nurul Duraini Farhan Muhamad Darawi
Setiausaha Agung: Noor Syahirah Abdullah
Setiusaha Kerja: Shaharul Mukhliz Mohd
Bendahari 1: Mashitah Mohd Fauzi
Bendahari 2: Mohd Faizal Sani

EXCO DAN PEMBANTU EXCO
Exco Akademik: Wan Nazirah Wan Yaacob
Pembantu: Nurizzati Othman
Exco Multimedia: Mohd Al-Ghazi Mohd Noor
Pembantu: Abu Bakar Amat
Exco Sukan & Rekreasi: Noor Sheila Abdullah
Pembantu: Siti Nor Ain Nawi
Exco Publisiti: Lau Kae Ling
Pembantu: Normanisa Abdur Rahman
Exco Kebajikan & Kerohanian: Khairunnisa Yahaya
Pembantu:Nurul Ain Noral Azmi
Exco Teknikal & Fizikal: Mohamad Arief Nawi
Pembantu: Nor Amani Mohd
Exco Tugas-tugas Khas: Siti Nor Jannah Ahmad
Pembantu: Noor Dalina Ibrahim

Diharap semua dapat memberi secebis kepercayaan untuk mereka membuktikan daya usaha kepimpinan masing masing.

SIDANG BARU, SEMANGAT DAN AZAM BARU


Assalamualaikum dan salam sejahtera, bertemu lagi kita pada sidang ini. Kami selaku seketariat Kelab Pendidikan Multimedia Interaktif (KPMI) mengucapkan selamat datang dan selamat berjuang kepada semua ahli KPMI yang disayangi. Setelah 2 tahun kelab ini bertatih melalui jalan jalan yang penuh berliku, bergelumang dengan pelbagai dugaan dan cabaran, kini, kita akan cuba berjalan dengan lebih yakin setelah memiliki sepasang kaki yang kuat dan teguh. Kekuatan ini telah dibina oleh mantan YDP, saudara Boom serta rakan-rakan seketeriat terdahulu. Sekalung penghargaan diucapkan kepada kesemua seketariat 2007/08 kerana telah menggerakkan kelab pada landasan yang betul.

Blog KPMI diwujudkan bagi memberi ruang dan peluang kepada ahli kelab memberi idea, pandangan serta kritikan berguna kepada seketeriat pelaksanaan KPMI. Ahli kelab boleh mengambil bahagian secara interaktif melontarkan luahan yang terbuku di hati. Selain itu, blog ini juga akan menjadi seperti peti televisyen dan radio di rumah iaitu sebagai wadah penyaluran maklumat mengenai projek kelab serta isu-isu yang berbangkit dalam kelab. Semoga kelab ini dapat menyatukan kita serta mendekatkan sesama kita, seperti tema komersial sebuah saluran televisyen swasta,‘dekat dihati..’.

Berdepan dengan kos hidup yang semakin meningkat serta keadaan politik negara yang sentiasa kacau bilau kami harap segala perancangan pembangunan kelab tidak terencat dan bergerak mengikut perancangan. Diharap ahli dapat memberi komitmen yang maksima. Selamat Berjuang diucapkan.

SEKETARIAT KPMI 2008/09