02 September 2009

Majlis Berbuka Puasa 2009

Anda dijemput menyertai majlis berbuka puasa KPMI pada masa dan tarikh berikut:

Tarikh : 10 September 2009 (Khamis)
Tempat : Dewan Bankuet, USM
Masa : 6.30 petang hingga 10.00 malam
Bayaran : RM7
Pengarah Projek : Nor Amani binti Mohd (0179076729)


TENTATIF PROGRAM

6.30 petang : Ketibaan para peserta
6.45 petang : Ketibaan para jemputan
6.50 petang : Bacaan Al-Quran
7.00 petang : Ucapan YDP KPMI, Penasihat Kelab & Selawat Rasul
7.25 malam : Bacaan doa dan berbuka puasa
7.40 malam : Solat Maghrib berjemaah (Surau Konkos)
8.15 malam : Jamuan makan malam
9.00 malam : Solat Isyak dan Terawih berjemaah (Surau Konkos)
10.00 malam : Bersurai

DIMINTA KERJASAMA PESERTA MEMBAWA SEJADAH SENDIRI UNTUK MENUNAIKAN SOLAT!

MENU MAKANAN

 Kurma
 Aneka Kueh Mueh
 Nasi Tomato Istimewa
 Tembikai
 Air Oren Sunquick, Teh dan air mineral


Semoga acara kita diberkati dalam bulan Ramadhan yang mulia ini..


JAWATANKUASA KERJA MAJLIS BERBUKA PUASA KPMI 2009

25 July 2009

NOTIS

Kepada yang berkenaan.

Setelah diputuskan dalam satu mesyuarat khas pada sidang 2008/09 lepas kami memutuskan tidak menanggung segala kerugian dalam projek Karnival Komputer 2008 (kelulusan BHEPP pada 13 Januari 2008) yang dikendalikan oleh saudara Pengarah Projek atas sebab sebab berikut:

1. Dana/ tabung kelab tidak mencukupi untuk menanggung kerugian tersebut.
2. Projek tersebut diklafikasikan sebagai GAGAL. Merujuk borang APA.002 perkara 7 sekiranya berlaku kerugian pada projek 3 penama berikut akan dipertanggungjawabkan: (1)MOHD NAIM ABDUL RAHIM (2)SAIFUL BAHARI SEMAN (3)KHAIRIL HAFIS MOHD BUNAIM.

Oleh itu kelab tidak akan menanggung sebarang kos yang dikeluarkan oleh beberapa individu semasa pelaksanaan projek.

Kami daripada pihak seketariat memohon maaf atas kesulitan yang berlaku. Kami juga memohon maaf kerana agak lewat mengeluarkan keputusan bagi kes ini.

Untuk maklumat lanjut bolehlah menghubung MOHD RAZIF ABDUL RAZAK di talian 0134863010. Terima kasih.


SEKETARIAT KPMI 2009/10

09 July 2009

UCAPAN YDP KPMI SIDANG AKADEMIK 09/10

Assalamualaikum dan Selamat Datang ke laman sesawang Kelab Pendidikan Multimedia Interaktif (KPMI).

Bersyukur saya kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya dapatlah kita meneruskan hidup sebagai khalifah dimuka bumi ini. Selamat kembali ke USM bagi sidang akademik 09/10.

Saya amat berbesar hati dan sukacita mengalu-alukan anda semua ke laman sesawang KPMI. Laman ini merupakan sebahagian kecil usaha untuk menonjolkan potensi, kecemerlangan dan kehebatan KPMI. Saya berharap dengan melayari laman ini anda akan mendapat informasi terkini berkenaan kelab ini.

Sedar mahupun tidak, sudah 3 tahun kelab ini beroperasi. Walaupun kelab ini masih hijau dan komunitinya amat kecil berbanding kelab-kelab lain yang ada di universiti ini, tetapi kelab ini tidak mati dan terus bertahan hingga kini. Bukan tempoh hayat yang menjadi ukuran, tetapi usaha sama yang menjana kekuatan kelab menjadi keutamaan. Tiada apa yang ada pada seorang tua sekiranya hanya usia yang menjadi ukuran. Dengan ini, saya berharap semua ahli kelab dapat memberikan komitmen sebaik mungkin kepada kelab agar kelab ini dapat memberikan sesuatu yang bermanfaat kepada semua. Sebarang permasalahan atau ketidakpuashatian bolehlah diusulkan di saluran yang disediakan.
Barangkali sidang ini juga sidang terakhir untuk kita berkenalan dan mengekalkan ukhwah antara kita. Walaupun kita akan terpisah sampai tikanya nanti, dengan ikhlas saya berharap laman sesawang ini boleh menjadi medium yang dapat menghubungkan sesama ahli KPMI.

Saya bukanlah Barrack Obama, yang kata-katanya mampu mempengaruhi jutaan manusia. Saya hanya insan yang dipertanggungjawabkan oleh rakan-rakan untuk mengemudi kelab ini. Tanpa sokongan ahli, kelab ini tidak akan bertahan. Oleh demikian, saya amat mengharapkan kerjasama, semangat dan iltizam yang tinggi daripada semua ahli agar setiap aktiviti yang di usul dan dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Akhir kata, selamat menuntut ilmu, terima kasih dan semoga Allah memberkati kelab kesayangan kita...

Wassalam..



MOHAMMAD FAIZ BIN RAHMAT
YDP,
Kelab Pendidikan Multimedia Interaktif,
Sidang 2009/10

30 April 2009

Selamat Maju dan Berjaya



UCAPAN PENUTUP YDP KPMI SIDANG 2008/09

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Terlebih dahulu saya panjatkan rasa syukur kehadrat illahi kerana dengan izin dan kuasa-Nya wujud satu platfom bagi pelajar jurusan Multimedia Interaktif bersatu melalui Kelab Pendidikan Multimedia Interaktif (KPMI). Sudah pasti dengan penubuhan kelab ini ukhwah sesama kita semakin bersemi dan segala aktiviti sesama ahli dapat dijalankan dengan lebih berkesan serta terancang.

Tanpa disedari sudah 3 tahun KPMI bertapak di bumi Universiti Sains Malaysia. Sidang 2008/09 dimulakan dengan sedikit kontroversi iaitu mengenai kutipan yuran semester sebayak RM20. Kami tegaskan wang ini kami akan gunakan dengan penuh amanah bagi menampung kos projek yang dirancang bagi mengurangkan yuran sesebuah projek. Terbukti strategi ini dapat menyelamatkan projek dari kerugian dan terdapat juga projek yang tinggi kosnya seperti Hari Keluarga dan Sambutan Aidilfitri dapat dikurang yuran penyertaan. Wang ini juga digunakan untuk mengurus kelab seperti belanja cetakan sijil, penerbitan DVD tutorial, jamuan kecil serta bayaran tenaga pengajar untuk bengkel.

Projek pertama sidang 2008/09 merupakan hari keluarga KPMI 2008. Kejayaan projek besar ini membuktikan barisan kerja seketariat yang begitu mantap dan bertanggungjawab. Kecemerlangan diteruskan dengan projek Bengkel Perisian, Sambutan Aidilfitri,Bengkel Perisian fasa II, Program Motivasi Sekolah serta Majlis Makan Malam dan Solat Hajat. Saya akui momentum bagi setiap projek setiap kali semakin berkurangan. Walaupun terdapat beberapa projek yang mendapat sambutan dingin, namun penganjuran projek begitu cemerlang dan amat membanggakan.Di kesempatan ini saya memohon maaf kerana tidak dapat menjalankan projek karnival komputer sepertimana yang dirancang atas masalah teknikal dan sokongan pihak atasan. Bagi projek yang belum sempat dilaksanakan seperti Sesi Fotografi, terpulang kepada pimpinan baru sama ada ingin meneruskan ataupun tidak.

Sebagai wadah komunikasi bagi menggalakan perkongsian ilmu dan jalinkan hubungan mesra kami mewujudkan web rangkaian sosial sendiri melalui penyedia khidmat NING. Sambutan di sini amat menggalakkan. Terdapat cadangan/usul daripada ahli senior sewaktu Mesyuarat Agong tahunan agar web ini dikekalkan sebagai hub komunikasi setelah tamat pengajian di USM kelak. Sebuah blog khas juga dibina untuk menyalurkan segala informasi mengenai projek yang dijalankan kelab. Idea blog ini amat praktikal dan berkesan sebagai salah satu altenatif bagi kelab menwar-warkan aktiviti. Selain itu KPMI juga mempunyai laman web rasmi yang menyediakan pelbagai maklumat mengenai organisasi KPMI. Perantara maya ini akan terus digunakan bagi sidang akan datang dengan sedikit penambahbaikan aplikasi dan rupa agar lebih menarik dan interaktif.

Sudah tentu sidang ini meninggalkan seribu satu cerita buat kita. Saya memuji barisan seketariat, AJK projek serta beberapa ahli yang membantu dalam menjayakan projek yang dirancang. Tahniah dan ribuan terima kasih diucapkan kepada semua kerana telah lulus dengan begitu cemerlang (dengan gred A) dalam ujian pengurusan dan pentadbiran organisasi melalui kelab ini. Diharap barisan baru yang dipimpin oleh saudara Faiz dapat mejana idea baru bagi menjalankan aktiviti yang menarik dan mendapat sambutan ramai. Kepada ahli senior yang bakal meninggalkan kelab, saya ucapkan terima kasih dan selamat maju jaya dalam alam perkerjaan nanti. Saya harapkan hubungan kita berkekalan pada masa akan datang. Terima kasih sekali lagi saya ucapkan kerana melahirkan serta mewariskan sebuah kelab yang begitu bermanfaat dan jitu matlamatnya kepada kami.

Secara peribadinya saya memohon seribu kemaafan kepada semua ahli kelab seandainya ada perbuatan atau kata-kata saya yang menyinggung perasaan anda. Kita hamba Allah yang lemah dan tak lepas dari melakukan kesilapan. Akhir sekali, selamat bercuti saya ucapkan kepada semua. Terima kasih, semoga Allah memberkati kelab kesayangan kita...


MOHD RAZIF BIN ABDUL RAZAK
YDP,
Kelab Pendidikan Multimedia Interaktif,
Sidang 2008/09

20 March 2009

Notis Mesyuarat Agong Tahunan KPMI

Perhatian kepada semua ahli Kelab Pendidikan Multimedia interaktif sidang 2008/09 dijemput menghadiri Satu Menyuarat agung tahunan kali ke-3 pada:



Tarikh: 26 Mac 2009
Hari: Khamis
Masa : 8.30 - 10.00 malam
Tempat: Bilik Seminar PTPM

Makan dan minum disediakan

sekian, terima kasih...


SEKETARIAT KPMI 2008/09

10 March 2009

Majlis Makan Malam dan Perpisahan + Solat Hajat

Solat Hajat (untuk perperiksaan)

Tarikh: 27 Mac 2009 - Jumaat
Tempat: Dewan Indah 1
Masa: 7.00 malam - 8.30 malam
Pengarah projek: Mohd Faizal Sani- 0179619683

-Bawa hamparan sejadah sendiri

Majlis Makan Malam dan Perpisahan

Tarikh: 27 Mac 2009 - Jumaat
Tempat: Dewan Indah 2
Masa: 9.00 malam - 11.00 malam
Tema : Kenangan Seribu Bintang
Pakaian: Kemas
bayaran: RM25
Pengarah projek: Mohd Faiz Fahmat- 0176268547/0134195602

Dijemput semua ahli menyertai...


AJK MAJLIS MAKAN MALAM DAN SOLAT HAJAT

08 March 2009

Program 'ANDA PUNYA PILIHAN' bersama SM Convent Green Lane

Pada 14 Mac 2009 (sabtu) jam 8.30 pagi - 1.00 petang satu program motivasi khas akan dianjurkan melibatkan 80 orang pelajar tingkatan 3 dan 5 dari SM Convent Green Lane, Pulau Pinang. Aktiviti yang dirancang adalah Interaksi berkumpulan, Jalan-jalan sekitar Kampus dan Melukis Batik di Muzium Tunku Fauziah, USM. Kami memerlukan sejumlah besar sukarelawan dari kalangan ahli terutamanya ahli senior dan junior sebagai fasilitator/mentor kepada peserta. Kepada yang berminat sila hubungi Mohamad Izhar(0194150469/0124082654) selaku pengarah projek. Diharap sedikit sumbangan kita dapat memberi cetusan semangat kepada peserta berusaha mencapai cita cita lantas menjadi insan yang berjaya kelak.


AJK PROGRAM "ANDA PUNYA PILIHAN'



LAPORAN PROGRAM ' ANDA PUNYA PILIHAN'



Semalam, 14 Mac 2008 telah berlangsungnya program yang diberi nama 'Anda Punya Pilihan' bersama 46 pelajar dari sekolah Menengah Convent Green Lane, Pulau Pinang. Progam berbentuk mentor/mentee ini bertujuan untuk membina motivasi pelajar agar mereka tahu serta sedar tentang kekuatan dan kelemahan diri lantas menterjemahkan kepada tindakan positif bagi menghadapi peperiksaan beberapa bulan lagi.

'Anda punya pilihan' bermaksud setiap pelajar mempunyai pilihan dan peluang untuk menentukan hidup mereka. Mereka telah didedahkan dengan pelbagai peluang yang wujud dan diberi panduan untuk mereka mencapai matlamat hidup mereka. Terpulang kepada mereka untuk memilih jalan untuk berjaya atau gagal dalam hidup.

Program bermula pada jam 9.30 pagi. Sejurus tiba di perkarangan Pasar Pelajar mereka diberi sedikit taklimat oleh pengarah projek, Mohd Izhar Salim. Selepas itu semua mentor dan mentee (termasuk guru iringan dan dr.bala)bergambar beramai ramai sebagai kenang-kenangan. Tetelah selesai, 8 kumpulan dibentuk dan mereka bergerak ke permatang pelajar untuk sesi motivasi besama mentor yang terdiri dari kalangan ahli KPMI.

Setelah satu jam , mereka bergerak untuk bersarapan pagi bersama mentor masing masing. Kemudian, mereka dibawa ke Muzium Tengku Fauziah untuk lawatan pembelajaran. Di sana mereka dibimbing oleh pegawai khas muzium. Dari riak wajah mereka, terpancar keseronokan dan keghairahan mereka meneroka pelbagai bahan yang dipamerkan disana.

Acara penutup berlangsung pada jam 12.30 tengah hari. Majlis dimulai dengan ucapan dr. Bala untuk merangkumkan serta membuat refleksi terhadap keseluruhan program. Guru pengiring SMK Convent Green Lane juga menyampaikan ucapan dan menawarkan kelab untuk ke sekolah mereka sebagai lawatan balas. Akhir sekali acara penyampaian cenderamata kepada pihak sekolah. Majlis tamat pada kira kira jam 12.45 tengah hari.

Sekalung tahniah dan penghargaan kepada ahli yang terlibat menjayakan program motivasi yang julung kali diadakan oleh KPMI. Projek ini melibatkan kos yang agak besar tanpa sebarang prospek keuntungan. Terima kasih kepada ahli dan penasihat kelab yang menyumbang wang ringgit (serta tenaga) untuk menjayakan program ini.

Tidak lupa juga kepada En Azmi Hasan (Ketua Unit Kaunseling) dan pihak penerbit USM atas sumbangan cenderamata kepada kelab. Inyaallah, kami akan merancang program susulan lanjutan daripada program ini pada masa hadapan. Terima kasih untuk semua.


Klik sini untuk gambar...

SEKETARIAT KPMI 2008/09