08 March 2009

Program 'ANDA PUNYA PILIHAN' bersama SM Convent Green Lane

Pada 14 Mac 2009 (sabtu) jam 8.30 pagi - 1.00 petang satu program motivasi khas akan dianjurkan melibatkan 80 orang pelajar tingkatan 3 dan 5 dari SM Convent Green Lane, Pulau Pinang. Aktiviti yang dirancang adalah Interaksi berkumpulan, Jalan-jalan sekitar Kampus dan Melukis Batik di Muzium Tunku Fauziah, USM. Kami memerlukan sejumlah besar sukarelawan dari kalangan ahli terutamanya ahli senior dan junior sebagai fasilitator/mentor kepada peserta. Kepada yang berminat sila hubungi Mohamad Izhar(0194150469/0124082654) selaku pengarah projek. Diharap sedikit sumbangan kita dapat memberi cetusan semangat kepada peserta berusaha mencapai cita cita lantas menjadi insan yang berjaya kelak.


AJK PROGRAM "ANDA PUNYA PILIHAN'



LAPORAN PROGRAM ' ANDA PUNYA PILIHAN'



Semalam, 14 Mac 2008 telah berlangsungnya program yang diberi nama 'Anda Punya Pilihan' bersama 46 pelajar dari sekolah Menengah Convent Green Lane, Pulau Pinang. Progam berbentuk mentor/mentee ini bertujuan untuk membina motivasi pelajar agar mereka tahu serta sedar tentang kekuatan dan kelemahan diri lantas menterjemahkan kepada tindakan positif bagi menghadapi peperiksaan beberapa bulan lagi.

'Anda punya pilihan' bermaksud setiap pelajar mempunyai pilihan dan peluang untuk menentukan hidup mereka. Mereka telah didedahkan dengan pelbagai peluang yang wujud dan diberi panduan untuk mereka mencapai matlamat hidup mereka. Terpulang kepada mereka untuk memilih jalan untuk berjaya atau gagal dalam hidup.

Program bermula pada jam 9.30 pagi. Sejurus tiba di perkarangan Pasar Pelajar mereka diberi sedikit taklimat oleh pengarah projek, Mohd Izhar Salim. Selepas itu semua mentor dan mentee (termasuk guru iringan dan dr.bala)bergambar beramai ramai sebagai kenang-kenangan. Tetelah selesai, 8 kumpulan dibentuk dan mereka bergerak ke permatang pelajar untuk sesi motivasi besama mentor yang terdiri dari kalangan ahli KPMI.

Setelah satu jam , mereka bergerak untuk bersarapan pagi bersama mentor masing masing. Kemudian, mereka dibawa ke Muzium Tengku Fauziah untuk lawatan pembelajaran. Di sana mereka dibimbing oleh pegawai khas muzium. Dari riak wajah mereka, terpancar keseronokan dan keghairahan mereka meneroka pelbagai bahan yang dipamerkan disana.

Acara penutup berlangsung pada jam 12.30 tengah hari. Majlis dimulai dengan ucapan dr. Bala untuk merangkumkan serta membuat refleksi terhadap keseluruhan program. Guru pengiring SMK Convent Green Lane juga menyampaikan ucapan dan menawarkan kelab untuk ke sekolah mereka sebagai lawatan balas. Akhir sekali acara penyampaian cenderamata kepada pihak sekolah. Majlis tamat pada kira kira jam 12.45 tengah hari.

Sekalung tahniah dan penghargaan kepada ahli yang terlibat menjayakan program motivasi yang julung kali diadakan oleh KPMI. Projek ini melibatkan kos yang agak besar tanpa sebarang prospek keuntungan. Terima kasih kepada ahli dan penasihat kelab yang menyumbang wang ringgit (serta tenaga) untuk menjayakan program ini.

Tidak lupa juga kepada En Azmi Hasan (Ketua Unit Kaunseling) dan pihak penerbit USM atas sumbangan cenderamata kepada kelab. Inyaallah, kami akan merancang program susulan lanjutan daripada program ini pada masa hadapan. Terima kasih untuk semua.


Klik sini untuk gambar...

SEKETARIAT KPMI 2008/09

2 comments:

Anonymous said...

salam adik2 junior& rakan seperGURUan sume.. aku nak ni? aku sgt berminat nak join program ni. tp terdapat kekeliruan maklumat kat dalam blog ni ngan maklumat dari pengarah projek. program anda punya pilihan or program mentor menti?
blog tulis nak senior jadi fasi tp pengarah projek kata takde fasi? tlg beri kepastian.

insyallah aku akan join program ni..
SMK SG ARA_HEROLASTLAST.

KPMI@blog said...

Maaf atas kesulitan. Maklumat telah dikemaskini. Kita akan bertindak sebagai mentor dan menjadi 'pemudah cara' kepada peserta. Ahli senior yang berminat sila berikan nama anda...