28 July 2008

Hari Keluarga 2008


Berikut merupakan maklumat terkini mengenai program Hari Keluarga KPMI 2008.

Tarikh: 10 Ogos 2008 (Ahad )
Masa: 7.30 pagi- 6.00 petang
Tempat: Teluk Duyong, Taman Negara Pulau Pinang.
Bayaran: RM15
Bilangan Perserta Sasaran: 60 orang
Pengarah Projek: Nor Sheila Abdullah


Pada kali ini kami memilih konsep Jalan Lasak & Treasure Hunt. Kita akan bergerak melalui denai di taman negara yang agak mencabar ke dua buah pantai yang berjauhan iaitu pantai Muka Head dan Pantai Beruk ( Monkey Beach). Di sana kita akan melakukan beberapa aktiviti di setiap check point yang akan ditentukan. Beberapa kumpulan akan dibentuk dan mereka akan mencari mata sebanyak mungkin untuk mengesahkan kejuaraan. Kepada sesiapa yang belum pernah ke Taman Negara, kawasan ini amat menarik dengan kepelbagaian tumbuhan yang menghijau. Anda akan dapat menikmati pemandangan lautan Selat Melaka di sepanjang perjalanan disertai angin monsun yang menghembus. Disamping itu kita akan dapat menikmati pemandangan dua buah pantai yang syahdu dan mendamaikan. Pantai putih ini hanya dapat dituju dengan dua cara, iaitu melalui denai ataupun dengan bot. Untuk pengetahuan anda di Pantai Mukahead terdapat sebuah pusat penyelidikan milik USM. Jika diberi kesempatan kita akan ke rumah api Mukahead yang memang terkenal di Pulau Pinang. Diakhir program kita akan berkesempatan untuk menaiki bot ke jeti Taman Negara sebelum bertolak pulang ke kampus. Maklumat maklumat terkini mengenai program akan disalurkan dari masa ke semasa melalui blog ini. Sentiasalah mengunjungi kpmiusm.blogspot.com. Untuk maklumat lanjut nengenai Taman Negara Pulau Pinang layari Web dibawah.

http://www.wildlife.gov.my/tnpp/biindex.htm

AJK PROJEK HARI KELUARGA KPMI 2008.

22 July 2008

Blog (versi beta)

Ramai yang menyatakan pada kami bahawa blog yang dihasilkan terlalu simple dan kurang berinfomatif. Kami akui dan tegaskan disini bahawa blog ini masih dalam proses make-over dan penambahbaikan atau istilah perkomputerannya 'beta'. Blog ini akan diperbaiki dari masa ke semasa supaya lebih gah dan anggun. Saudara boom ada memberi cadangan supaya menghasilkan laman web dari sebuah penyedia perkhidmatan pendaftaran web secara templat. Insyaallah kami akan menghasilkan web tersebut dalam masa terdekat. Kalau ada sesiapa yang punyai cadangan atau mahu berkongsi ilmu keblogkan, klik jer comment kat bawah... Sama samalah kita meriahkan blog kelab kesayangan kita...peace!

SEKETARIAT KPMI 2008/09

16 July 2008

YURAN KEAHLIAN


Untuk makluman semua, setelah dipersetujui dalam menyuarat AJK baru-baru ini , yuran keahlian yang perlu dibayar adalah RM20/semester. Wang ini akan digunakan untuk menampung kos logistik dan pengurusan kelab serta kos untuk meringankan beban beberapa projek yang bakal dilaksanakan nanti. Semua sedia maklum bahawa kenaikan bahan api baru baru ini telah menyebabkan kenaikan inflasi yang begitu mendadak, sebagai AJK yang bertanggungjawab, kami akan berusaha untuk memastikan projek yang dilaksakan tidak membebankan ahli. Apa yang dituntut adalah kesediaan ahli untuk memberi komitmen serta terlibat sama dalam setiap progran yang dianjurkan. Sebarang pertanyaan boleh diajukan dan inyaallah kami akan menjawab.

Kaedah Pembayaran: Tiada paksaan, tiada ugutan, tiada pujuk rayu, jika anda merasakan anda seorang yg bertanggungjawab temui individu tersebut untuk proses pembayaran:

‘Along’ MI tahun 3: Mohd Faizal Sani (017 9619683)
‘Along’ MI tahun 4: Masyitah Mohd Fauzi (013 5616619)

Yuran perlu dilunaskan sebelum 31 Julai 2008

SEKETARIAT KPMI 2008/09

SEKETARIAT 2008/09

Diperkenalkan barisan barisan seketariat baru yang akan menerajui kelab pada sidang 2008/09.

SEKETARIAT KELAB PENDIDIKAN MULTIMEDIA INTERAKTIF 2008/09

MAJLIS TERTINGGI
Yang Dipertua: Mohd Razif Abdul Razak
Naib Yang Dipertua 1: Muhamad Faiz Rahmat
Naib Yang Dipertua 2: Nurul Duraini Farhan Muhamad Darawi
Setiausaha Agung: Noor Syahirah Abdullah
Setiusaha Kerja: Shaharul Mukhliz Mohd
Bendahari 1: Mashitah Mohd Fauzi
Bendahari 2: Mohd Faizal Sani

EXCO DAN PEMBANTU EXCO
Exco Akademik: Wan Nazirah Wan Yaacob
Pembantu: Nurizzati Othman
Exco Multimedia: Mohd Al-Ghazi Mohd Noor
Pembantu: Abu Bakar Amat
Exco Sukan & Rekreasi: Noor Sheila Abdullah
Pembantu: Siti Nor Ain Nawi
Exco Publisiti: Lau Kae Ling
Pembantu: Normanisa Abdur Rahman
Exco Kebajikan & Kerohanian: Khairunnisa Yahaya
Pembantu:Nurul Ain Noral Azmi
Exco Teknikal & Fizikal: Mohamad Arief Nawi
Pembantu: Nor Amani Mohd
Exco Tugas-tugas Khas: Siti Nor Jannah Ahmad
Pembantu: Noor Dalina Ibrahim

Diharap semua dapat memberi secebis kepercayaan untuk mereka membuktikan daya usaha kepimpinan masing masing.

SIDANG BARU, SEMANGAT DAN AZAM BARU


Assalamualaikum dan salam sejahtera, bertemu lagi kita pada sidang ini. Kami selaku seketariat Kelab Pendidikan Multimedia Interaktif (KPMI) mengucapkan selamat datang dan selamat berjuang kepada semua ahli KPMI yang disayangi. Setelah 2 tahun kelab ini bertatih melalui jalan jalan yang penuh berliku, bergelumang dengan pelbagai dugaan dan cabaran, kini, kita akan cuba berjalan dengan lebih yakin setelah memiliki sepasang kaki yang kuat dan teguh. Kekuatan ini telah dibina oleh mantan YDP, saudara Boom serta rakan-rakan seketeriat terdahulu. Sekalung penghargaan diucapkan kepada kesemua seketariat 2007/08 kerana telah menggerakkan kelab pada landasan yang betul.

Blog KPMI diwujudkan bagi memberi ruang dan peluang kepada ahli kelab memberi idea, pandangan serta kritikan berguna kepada seketeriat pelaksanaan KPMI. Ahli kelab boleh mengambil bahagian secara interaktif melontarkan luahan yang terbuku di hati. Selain itu, blog ini juga akan menjadi seperti peti televisyen dan radio di rumah iaitu sebagai wadah penyaluran maklumat mengenai projek kelab serta isu-isu yang berbangkit dalam kelab. Semoga kelab ini dapat menyatukan kita serta mendekatkan sesama kita, seperti tema komersial sebuah saluran televisyen swasta,‘dekat dihati..’.

Berdepan dengan kos hidup yang semakin meningkat serta keadaan politik negara yang sentiasa kacau bilau kami harap segala perancangan pembangunan kelab tidak terencat dan bergerak mengikut perancangan. Diharap ahli dapat memberi komitmen yang maksima. Selamat Berjuang diucapkan.

SEKETARIAT KPMI 2008/09