22 July 2008

Blog (versi beta)

Ramai yang menyatakan pada kami bahawa blog yang dihasilkan terlalu simple dan kurang berinfomatif. Kami akui dan tegaskan disini bahawa blog ini masih dalam proses make-over dan penambahbaikan atau istilah perkomputerannya 'beta'. Blog ini akan diperbaiki dari masa ke semasa supaya lebih gah dan anggun. Saudara boom ada memberi cadangan supaya menghasilkan laman web dari sebuah penyedia perkhidmatan pendaftaran web secara templat. Insyaallah kami akan menghasilkan web tersebut dalam masa terdekat. Kalau ada sesiapa yang punyai cadangan atau mahu berkongsi ilmu keblogkan, klik jer comment kat bawah... Sama samalah kita meriahkan blog kelab kesayangan kita...peace!

SEKETARIAT KPMI 2008/09

3 comments:

Anonymous said...

Sesungguhnya keanggunan sesebuah blog itu bukanlah yang tampak canggih dengan kepelbagaian menu yang disediakan. Sebaliknya blog yang hebat ialah blog yang sentiasa dikemaskini dari semasa ke semasa selain penggunaan gaya bahasa yang mudah difahami serta pemaparan grafik yang menawan dan menarik perhatian. Biar nampak simple tetapi bergaya..

Tahniah diucapkan kepada barisan seketariat KPMI yang telah berjaya mewujudkan blog ini walaupun suatu ketika dahulu, cadangan pembinaan blog ini tidak mendapat layanan yang sewajarnya...

Sekian terima kasih.....

KPMI@blog said...

Untuk menghantar 'comment' dengan nickname google anda perlu membuka akaun google duhulu, tidak perlu bagi yang telah mempunyai akaun. Jika anda mempunyai akaun lain (Livejurnal, wordpress, Typepad atau AIM) sila daftarkan sebagai Open ID. Bagi yang mempunyai URL sendiri anda bolehlah menggunakan pilihan name/URL. Bagi yang mahu melindungi identiti diri hantar 'comment' anda dengan pilihan Anonymous.

Anonymous said...

betul tu...nilai sebuah blog bukan pada paras rupanya,tapi pada "up to date" isi kandungannya.kita xblh ikt sngt pndngan org.kalu nk tunggu sume setuju,sampi ahli bercucu cicitpn blog ni xkn wujud.so,buat je mane yg boleh.selagi xmemberi kesan sampingan kepada kepentingan ahli,insyaallah lama2 mereka akn sokong usaha kita.so,manfaatkan la apa yang ada.ni baru permulaan..