16 July 2008

YURAN KEAHLIAN


Untuk makluman semua, setelah dipersetujui dalam menyuarat AJK baru-baru ini , yuran keahlian yang perlu dibayar adalah RM20/semester. Wang ini akan digunakan untuk menampung kos logistik dan pengurusan kelab serta kos untuk meringankan beban beberapa projek yang bakal dilaksanakan nanti. Semua sedia maklum bahawa kenaikan bahan api baru baru ini telah menyebabkan kenaikan inflasi yang begitu mendadak, sebagai AJK yang bertanggungjawab, kami akan berusaha untuk memastikan projek yang dilaksakan tidak membebankan ahli. Apa yang dituntut adalah kesediaan ahli untuk memberi komitmen serta terlibat sama dalam setiap progran yang dianjurkan. Sebarang pertanyaan boleh diajukan dan inyaallah kami akan menjawab.

Kaedah Pembayaran: Tiada paksaan, tiada ugutan, tiada pujuk rayu, jika anda merasakan anda seorang yg bertanggungjawab temui individu tersebut untuk proses pembayaran:

‘Along’ MI tahun 3: Mohd Faizal Sani (017 9619683)
‘Along’ MI tahun 4: Masyitah Mohd Fauzi (013 5616619)

Yuran perlu dilunaskan sebelum 31 Julai 2008

SEKETARIAT KPMI 2008/09

11 comments:

boom said...

assalamualaikum dan salam sejahtera...
syabas dan tahniah kepada kpmi kerana telah berjaya membina sebuah blog... harapan agar semua ahli dapat manfaatkan blog ini sebaik mungkin. saya ingin bertanya, adakah yuran yang dikenakan ini juga untuk menampung kos projek2 yg dijalankan?
dan adakah ia cukup untuk semua projek? atau setiap projek nanti akan ada kutipan lagi?

bukan apa...cuma jangan nanti ada yang merasa terbeban kepada ahli...
harap jaga juga kebajikan dan hak ahli...buatlah yang terbaik...boom sokong dari belakang...xnak jd mcm mahathir...huhu

syahirahabdullah said...

mereka bukan along..
mereka cuma mau tolong!!

KPMI@blog said...

Memang diakui wang yuran ini memang tidak cukup untuk menampung kesemua projek yang akan dilaksanakan, cuma yang kami harapkan kita akan dapat mengurangkan beban untuk membayar yuran aktiviti yang akan disertai nanti dikala duit PTPTN semakin menyusut...

Yuran Semester: RM20
Jumlah Ahli: 60

RM20x60=RM1200

Duit ini akan digunakan untuk membiayai setiap projek dalam pecahan-pecahan tertentu agar kos untuk menjalankan aktiviti/projek dapat dikurangkan.

SEKETARIAT KPMI 2008/09

BuRnZ said...

salam....
apa kata projek2 kecil gabungkan menjadi 1 projek mega..ia bukan sahaja menjimatkan kos malah masa dan tenaga turut dapat diminimumkan...
Teori ekonomi menyatakan bahawa keuntungan maksimum akan dicapai apabila kos yang digunakan minimum & keuntungan adalah maksimum...utiliti berada pd kemuncak KKP..

che'gu said...

tika aku menulis ini, israk mikraj menjelang lg. peristiwa bersejarah yang tak kan berulang sama sekali..

kpmi..duit bukan menjadi masalah utama tp mereka yang hendak mengeluarkan itulah yang bermasalah. jd, kpmi memikirkan caranya bagaimana kaedah supaya ahli kpmi dapat menghulur dengan hati yang ikhlas. dicadangkan setiap hujung bulan kutip duit bagi sesuatu projek. sikit2 lama2 jd banyak. yang mempunyai pekerjaan, hulur2 lah lebih ckit.. (gurau je)

bewok_usm said...

testing...testing... 1,2,3, o jadi eh...hehehe.

bewok_usm said...

mekaseh che' gu tapi tiap-tiap bulan nak kutip bper lak? huhuhu...bukan lagi menyusahkan ker.. lgipum bkn smua projek dijamin lancar kam3.tp bgs gak cm2 bewok x kisah...h

BuRnZ said...

sem dpn sy hrp bendahari berurus niaga bersama Jabatan Bendahari utk pmtgn trs yuran dr ahli KMPI yg msh ada...ia bkn memuedahkan urusan kerja mlh projek akan berjalan lancar...Maka,pihak kepimpinan KPMI perlu ddk brmsyrt di akhir semseter utk mgnlpasti sgl kprluan ms dpn...

Anonymous said...

salam..
rasenye baik kutip sekaligus je..sng sket..lepas ni xpayah nk susah2 kutip duit..lagpun bukan sng org nk byor ble kutip duit tuk setiap xtvt..)p..

KPMI@blog said...

Kepada ahli yang belum membayar yuran semester anda bolehlah berbuat demikian secepat mungkin.

SEKETARIAT KPMI 2008/09

Anonymous said...

xbyk pun RM20. Beli topup pun berpuluh-puluh. Ok lah tu, up lagi pun xpa..