28 July 2008

Hari Keluarga 2008


Berikut merupakan maklumat terkini mengenai program Hari Keluarga KPMI 2008.

Tarikh: 10 Ogos 2008 (Ahad )
Masa: 7.30 pagi- 6.00 petang
Tempat: Teluk Duyong, Taman Negara Pulau Pinang.
Bayaran: RM15
Bilangan Perserta Sasaran: 60 orang
Pengarah Projek: Nor Sheila Abdullah


Pada kali ini kami memilih konsep Jalan Lasak & Treasure Hunt. Kita akan bergerak melalui denai di taman negara yang agak mencabar ke dua buah pantai yang berjauhan iaitu pantai Muka Head dan Pantai Beruk ( Monkey Beach). Di sana kita akan melakukan beberapa aktiviti di setiap check point yang akan ditentukan. Beberapa kumpulan akan dibentuk dan mereka akan mencari mata sebanyak mungkin untuk mengesahkan kejuaraan. Kepada sesiapa yang belum pernah ke Taman Negara, kawasan ini amat menarik dengan kepelbagaian tumbuhan yang menghijau. Anda akan dapat menikmati pemandangan lautan Selat Melaka di sepanjang perjalanan disertai angin monsun yang menghembus. Disamping itu kita akan dapat menikmati pemandangan dua buah pantai yang syahdu dan mendamaikan. Pantai putih ini hanya dapat dituju dengan dua cara, iaitu melalui denai ataupun dengan bot. Untuk pengetahuan anda di Pantai Mukahead terdapat sebuah pusat penyelidikan milik USM. Jika diberi kesempatan kita akan ke rumah api Mukahead yang memang terkenal di Pulau Pinang. Diakhir program kita akan berkesempatan untuk menaiki bot ke jeti Taman Negara sebelum bertolak pulang ke kampus. Maklumat maklumat terkini mengenai program akan disalurkan dari masa ke semasa melalui blog ini. Sentiasalah mengunjungi kpmiusm.blogspot.com. Untuk maklumat lanjut nengenai Taman Negara Pulau Pinang layari Web dibawah.

http://www.wildlife.gov.my/tnpp/biindex.htm

AJK PROJEK HARI KELUARGA KPMI 2008.

4 comments:

---AkU mAu HePi--- said...

wei apesal gamba pengarah nagn penolong pengarah ciput je...hampeh tul...

Anonymous said...

Jeles le tui... Tayang gambar korang nanti budak xnak pergi, kui3...

Anonymous said...

sokong la kelab ni. aku amat yakin kelab ni blh g jauh dgn pucuk pimpinan baru yang lebih berkomitmen dan berwawasan.tapi pucuk xkn bguna tanpa akarny.so ahli sekalian,walaupn kita hanya akar,tp akar la yng mnokong pucuk.jom kita same2 sokong kelab ni,tambah pengalaman,menjalin ukhwah,pertingkat pengetahuan.hidup KPMIUSM.yakin la,KITA BOLEH PERGI LEBIH JAUH (dengan Shell) hehe.

Anonymous said...

Aku dah pegi, best giler tempat tu, rugi kalau dok sini xsempat xplore semua ceruk kat penang ni..