16 July 2008

SIDANG BARU, SEMANGAT DAN AZAM BARU


Assalamualaikum dan salam sejahtera, bertemu lagi kita pada sidang ini. Kami selaku seketariat Kelab Pendidikan Multimedia Interaktif (KPMI) mengucapkan selamat datang dan selamat berjuang kepada semua ahli KPMI yang disayangi. Setelah 2 tahun kelab ini bertatih melalui jalan jalan yang penuh berliku, bergelumang dengan pelbagai dugaan dan cabaran, kini, kita akan cuba berjalan dengan lebih yakin setelah memiliki sepasang kaki yang kuat dan teguh. Kekuatan ini telah dibina oleh mantan YDP, saudara Boom serta rakan-rakan seketeriat terdahulu. Sekalung penghargaan diucapkan kepada kesemua seketariat 2007/08 kerana telah menggerakkan kelab pada landasan yang betul.

Blog KPMI diwujudkan bagi memberi ruang dan peluang kepada ahli kelab memberi idea, pandangan serta kritikan berguna kepada seketeriat pelaksanaan KPMI. Ahli kelab boleh mengambil bahagian secara interaktif melontarkan luahan yang terbuku di hati. Selain itu, blog ini juga akan menjadi seperti peti televisyen dan radio di rumah iaitu sebagai wadah penyaluran maklumat mengenai projek kelab serta isu-isu yang berbangkit dalam kelab. Semoga kelab ini dapat menyatukan kita serta mendekatkan sesama kita, seperti tema komersial sebuah saluran televisyen swasta,‘dekat dihati..’.

Berdepan dengan kos hidup yang semakin meningkat serta keadaan politik negara yang sentiasa kacau bilau kami harap segala perancangan pembangunan kelab tidak terencat dan bergerak mengikut perancangan. Diharap ahli dapat memberi komitmen yang maksima. Selamat Berjuang diucapkan.

SEKETARIAT KPMI 2008/09

1 comment:

boom said...

boom nak kongsi maklumat kat korang jugak...
korang terutama MT dan YDP tambahan lagi Faiz yang berbakat tentang ICT especially obt cmputers... korang boleh buat web untuk KPMI secara percuma...x perlu susah... korang layari... www.freewebs.com. createlah korang punya website kat situ..layout tgal pilih... GOOD LUCK!!