28 October 2008

Warna Warni Aidilfitri




Selesai sudah majlis sambutan Aidilfitri pada kali ini. Sambutan warna warni ini disertai oleh hampir kesemua ahli kelab bersama Dr Rozinah, Dr Wan serta Dr Mona. Kemeriahan dimulai dengan bacaan ayat suci al-Quran dan diceriakan dengan pelbagai aktiviti yang berjaya mencuit hati setiap peserta.

Antara pengisian menarik pada malam tersebut adalah permainan sampul raya beracun(berdiri tak nampak duduk tak terasa), cabutan bertuah dan persembahan nasyid.Walaupun percubaan pertama kumpulan nasyid kali ini tidak berapa menjadi, mereka berjanji akan cuba lagi lain kali denga pesembahan yang lebih menyegarkan.

Tidak lupa juga penglibatan abang2 senior kita mempersembahkan tanyangan multimedia yang lucu dan menghiburkan. Seronok melihat abang abang serta kakak kakak senior yang akrab serta bersuka ria dan bergambar kenang kenangan sebagai tanda perpisahan mereka nanti. Makanan yang disediakan amat mewah dan pelbagai. Semua seperti berpuashati dengan makanan yang disediakan walaupun berlaku sedikit tragedi dikeesokkan hari.

Kepada semua peserta yang terlibat dan memberi sokongan tahniah diucapkan.Tak lupa juga terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa anta melakukan tugas dengan cemerlang walaupun diselubungi dengan pelbagai bayangan hitam tugasan yang membebankan. Semoga Majlis Makan Malam kita semester hadapan dapat disertai oleh semua dan kami Seketeriat KPMI akan merancang untuk menggabungkan majlis perpisahan serentak dengan Majlis Makan Malam.

Kepada yang belum menjelaskan yuran kelab anda diingatkan menyerahkan kepada bendahari yang diamanahkan secepat mungkin. Tanpa wang, kelab tidak mampu bergerak. Apalah nilai sepuluh atau dua puluh ringgit berbanding kenangan serta ilmu yang kita kecapi.. Fikir fikirkan, terima kasih dan tahniah sekali lagi...

Klik sini untuk gambar...


SEKETARIAT KPMI 2008/09

2 comments:

Anonymous said...

salam

Anonymous said...

salam..tahniah atas kejayaan program..takziah atas kemalangan dihari kemudian.apapun, terima kasih atas sokongan penuh rakan2 sekalian..harap2 program2 akan datang dapat memberi lebih pengalaman kepada kita..HIDUP KPMI!!HIDUP YDP!! hehe..