Bengkel pada kali ini menggunakan pendekatan konstruktiviti yang menekankan strategi belajar dan mengajar. Bengkel ini akan dijalankan dalam 2 sesi. Setiap sesi mengandungi 5 kumpulan yang terdiri daripada 3-4 orang ahli junior. Setiap kumpulan diberi peluang untuk memilih mana-mana sofware multimedia yang diminati. Apabila selesai memilih sofwer yang diinginkan, kumpulan tersebut perlu menguasainya dan mengajar ahli-ahli lain dalam satu-satu sesi tersebut dalam bentuk tutorial. Pengarah projek pada kali ini ialah saudari Wan Nazirah bt Wan Yaacob(013-4026263).Juga kepada ahli senior yang berminat untuk berkongsi ilmu sila hubungi kami.
Berikut merupakan tarikh, masa dan tempat bengkel :
Sesi 1 Tarikh : 27 Februari 09 (Jumaat)
Masa : 11.00 pm-1.00pm
Tempat : Makmal Komputer PTPM USM
Sesi 2 Tarikh : 20 Mac 09 (Jumaat)
Masa : 11.00am-1.00pm
Tempat : Makmal Komputer PTPM USM
Sebarang perubahan akan dimaklumkan.
Setiasa semak blog ini untuk maklumat terkini.
PROGAM INI TERBUKA KEPADA SEMUA AHLI KPMI
DIJEMPUT AHLI KPMI SENIOR YANG BERKELAPANGAN UNTUK MENYERTAI BENGKEL INI!
SEKETARIAT KPMI 2008/09