20 January 2009

Sesi Fotografi dan Pelancaran T-Shirt Baru Kelab

REKABENTUK T-SHIRT YANG DICADANGKAN (DESIGNED BY AL_GHAZI)


Pandangan Depan



Pandangan Belakang



SESI FOTOGRAFI KPMI


Tarikh: belum ditentukan
Masa : 9.00 pg-11.00pg
Tempat: Lokasi menarik sekitar USM
Yuran (Anggaran): RM25 ( t-shirt dan kos memproses gambar).
Pengarah Projek: AL GHAZI (019-4934624)

MAKLUMKAN KEPADA KAMI JIKA TERDAPAT SEBARANG KEKANGAN UNTUK MENYERTAI PROGRAM PADA TARIKH YANG DICADANGKAN...

KAMI MEMERLUKAN PENDAPAT ANDA MENGENAI REKABENTUK T-SHIRT KELAB.. SILA TINGGALKAN CADANGAN ATAU PANDANGAN ANDA PADA FUNGSI COMMENT DIBAWAH..


SEKETARIAT KPMI 2008/09

19 January 2009

Bengkel Sofwer Komputer (fasa 2)

Bengkel pada kali ini menggunakan pendekatan konstruktiviti yang menekankan strategi belajar dan mengajar. Bengkel ini akan dijalankan dalam 2 sesi. Setiap sesi mengandungi 5 kumpulan yang terdiri daripada 3-4 orang ahli junior. Setiap kumpulan diberi peluang untuk memilih mana-mana sofware multimedia yang diminati. Apabila selesai memilih sofwer yang diinginkan, kumpulan tersebut perlu menguasainya dan mengajar ahli-ahli lain dalam satu-satu sesi tersebut dalam bentuk tutorial. Pengarah projek pada kali ini ialah saudari Wan Nazirah bt Wan Yaacob(013-4026263).Juga kepada ahli senior yang berminat untuk berkongsi ilmu sila hubungi kami.


Berikut merupakan tarikh, masa dan tempat bengkel :


Sesi 1
Tarikh : 27 Februari 09 (Jumaat)
Masa : 11.00 pm-1.00pm
Tempat : Makmal Komputer PTPM USM

Sesi 2
Tarikh : 20 Mac 09 (Jumaat)
Masa : 11.00am-1.00pm
Tempat : Makmal Komputer PTPM USM

Sebarang perubahan akan dimaklumkan.
Setiasa semak blog ini untuk maklumat terkini.


PROGAM INI TERBUKA KEPADA SEMUA AHLI KPMI
DIJEMPUT AHLI KPMI SENIOR YANG BERKELAPANGAN UNTUK MENYERTAI BENGKEL INI!


SEKETARIAT KPMI 2008/09

04 January 2009

Selamat Tahun Baru 2009

Masih belum terlambat untuk mengucapkan selamat tahun baru 2009 kepada semua warga kelab. Semoga azam tahun ini lebih baik dan terlaksana hendaknya. Kita tinggalkan 2008 dengan pelbagai cerita, ada yang gembira, ada yang bersedih, terdapat juga beberapa kejutan, semuanya diadun membentuk satu resipi kehidupan yang mematangkan kita. Semoga tahun ini anda semua berusaha dengan lebih keras untuk mencapai apa yang diimpikan. Selamat Berjuang...

23 December 2008

Selamat Berpraktikal

Sekalung tahniah kepada kakak kakak serta abang abang yang telah berjaya mengharungi tujuh semester pembelajaran dan sekarang menempuh satu lagi semester yang situasinya amat berbeza.

Tanpa perlu lagi datang ke bilik kuliah atau bilik tutorial, mereka yang dahulunya diajar kini terpaksa pula mengajar dan menabur bakti kepada anak bangsa. Pengalaman yang diperolehi semoga dimanfaatkan sebaiknya, sebarang 'lompang lompang' diri harap cepat cepat diperbaiki.

Kami daripada pihak seketariat KPMI sidang 08/09 memohon ampun dan maaf sekiranya ada perbuatan kami lalu mengguris hati dan perasaan kalian. Kami juga manusia biasa yang tak lepas dari melakukan kesilapan, kadang kadang terasa ego, besar diri dan tersasar untuk menunaikan tanggungjawab dengan adil dan memuaskan hati semua.

Semoga apa yang yang kami lakukan setakat ini direstui. Baki 6 bulan akan kami akan terus berkerja menyelesaikan projek projek yang dirancang. Kerjasama serta kompromi kalian kami harapkan. Kelab ini akan kami pancangi agar teguh dan kukuh agar warisan yang ditinggalkan harum di persada kegemilangan. Terima kasih dan selamat maju jaya untuk semua..



SEKETARIAT KPMI 08/09

28 October 2008

Warna Warni Aidilfitri




Selesai sudah majlis sambutan Aidilfitri pada kali ini. Sambutan warna warni ini disertai oleh hampir kesemua ahli kelab bersama Dr Rozinah, Dr Wan serta Dr Mona. Kemeriahan dimulai dengan bacaan ayat suci al-Quran dan diceriakan dengan pelbagai aktiviti yang berjaya mencuit hati setiap peserta.

Antara pengisian menarik pada malam tersebut adalah permainan sampul raya beracun(berdiri tak nampak duduk tak terasa), cabutan bertuah dan persembahan nasyid.Walaupun percubaan pertama kumpulan nasyid kali ini tidak berapa menjadi, mereka berjanji akan cuba lagi lain kali denga pesembahan yang lebih menyegarkan.

Tidak lupa juga penglibatan abang2 senior kita mempersembahkan tanyangan multimedia yang lucu dan menghiburkan. Seronok melihat abang abang serta kakak kakak senior yang akrab serta bersuka ria dan bergambar kenang kenangan sebagai tanda perpisahan mereka nanti. Makanan yang disediakan amat mewah dan pelbagai. Semua seperti berpuashati dengan makanan yang disediakan walaupun berlaku sedikit tragedi dikeesokkan hari.

Kepada semua peserta yang terlibat dan memberi sokongan tahniah diucapkan.Tak lupa juga terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa anta melakukan tugas dengan cemerlang walaupun diselubungi dengan pelbagai bayangan hitam tugasan yang membebankan. Semoga Majlis Makan Malam kita semester hadapan dapat disertai oleh semua dan kami Seketeriat KPMI akan merancang untuk menggabungkan majlis perpisahan serentak dengan Majlis Makan Malam.

Kepada yang belum menjelaskan yuran kelab anda diingatkan menyerahkan kepada bendahari yang diamanahkan secepat mungkin. Tanpa wang, kelab tidak mampu bergerak. Apalah nilai sepuluh atau dua puluh ringgit berbanding kenangan serta ilmu yang kita kecapi.. Fikir fikirkan, terima kasih dan tahniah sekali lagi...

Klik sini untuk gambar...


SEKETARIAT KPMI 2008/09

08 October 2008

Majlis Sambutan Hari Raya 2008

Tarikh: 21 Oktober 2008
Hari: Selasa
Masa: 8.00 malam- 10.30 malam
Tempat: Dewan Utama Pelajar, RST
Bayaran: RM10 (Kos Sebenar= RM15)
Tema: Ukhwah Bersemi, Dekat Dihati...
Sasaran: 70 orang
Pengarah Projek: Nurul Jannah (0134926335)

Menu:
Satey Ukhwah
Nasi Himpitan Mesra
Soto Kasih
Bihun Silaturrahim
Ketupat dan rendang istimewa (Limited Edition)

Kuih Raya dan pelbagai juadah lagi


Istimewa: Duit Raya serta Cabutan Bertuah

Saksikan persembahan khas dari kumpulan nasyid yang bakal mencipta nama
Syabab al-Islam

Rakaman Video akan dilakukan dan diedarkan kepada perserta sebagai kenang-kenangan.

Dijemput semua ahli, pakat pakat mai, kita kasi meriah kali ni, pakai baju raya comey2...

Bagi yang tinggal berjauhan (pejalan kaki) kami akan menyediakan kenderaan semasa pulang.

JADUAL PERJALAN MAJLIS

8.00 mlm: Ketibaan Tetamu dan Para Peserta

8.30 mlm: Bacaan Al-Quran dari saudara Al Ghazi

8.45 mlm: Ucapan Pembukaan

9.00 mlm: Bacaan doa serta jamuan dimulakan

9.15 mlm: Persembahan Multimedia

9.30 mlm: Persembahan Nasyid Khas Aidilfitri

9.45 mlm: Istimewa Duit Raya

10.00 mlm: Cabutan Bertuah

10.15mlm: Penutup

10.30mlm: Acara dijangka tamat

Jadual diatas mungkin akan berubah tanpa sebarang makluman.


AJK MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA KPMI USM 2008